|
ARABTCO TRAVEL & TOURS SDN BHD
(Company No: 761200 W)
PENUBUHAN SYARIKAT
ARABTCO TRAVEL & TOURS SDN BHD. Telah ditubuhkan pada 25hb Januari 2007 sebagai sebuah syarikat agen perjalanan dan pelancongan di dalam Negara dan Antarabangsa yang berdaftar dengan Suruhjaya Syarikat Malaysia.
Syarikat Arabtco Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah Syarikat perniagaan yang di miliki penuh 100% bumiputera. Aktiviti perniagaan ialah mengendalikan dan menguruskan segala perkhidmatan jenis urusan yang melibatkan pelancongan, inbound, outbound, perhotelan, pengangkutan, lawatan, pakej percutian, tiket penerbangan, seminar, kem-kem dan lawatan sambil belajar.
PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM
ARABTCO TRAVEL & TOURS SDN BHD di terajui oleh dua orang Ahli Lembaga Pengarah, iaitu Tuan Hj Mohd Farhan Almadani Hj Osman 50% saham dan Mohd Faruqi Hj Osman 50% saham. Dengan pengetahuan serta pengalaman yang ada di dalam bidang pelancongan, mereka merupakan pemegang saham utama dalam syarikat yang beralamat berdaftar Syarikat di Kedah Darulaman. Gabungan tenaga pekerja yang terlatih dan cekap serta berdisplin menjadikan pengurusan Arabtco Travel & Tours Sdn Bhd di urus oleh pekerja yang mahir dan berkelayakan.
OBJEKTIF SYARIKAT
-
Merangsang ekonomi Negara dalam mengaktifkan aktiviti pelancongan
-
Menyediakan perkhidmatan yang berkaitan pelancongan di dalam dan luar Negara
-
Memberi perkhidmatan bimbingan dan panduan kepada pelawat dan pelancong tempatan dan luar Negara
-
Memperkenalkan keindahan dan kecantikan Malaysia kepada Negara luar serta mengalakkan pelancong luar datang melawat Malaysia
-
Menawarkan dan mengendalikan pakej-pakej percutian dalam dan luar Negara mengikut keperluan semasa dan kehendak pelangga

|
STRATEGI DAN PERANCANGAN PEMASARAN
Objektif
-
Mempromosikan pekej kepada pelanggan di Malaysia dan Luar Negara
-
Menyediakan pakej-pakej dan perkhidmatan seiring dengan keperluan semasa
-
Menarik dan memperkenalkan kepada pelancong untuk datang melawat Malaysia
-
Membuka peluang pekerjaan kepada mahasisawa untuk menceburi dalam sektor perlancongan
Pelancongan dalam Negara (In Bound)
-
Menyediakan pakej lawatan ke tempat menarik di seluruh Malaysia.
-
Mengadakan pakej lawatan ke tempat bersejarah.
-
Mengendalikan pakej untuk pelancong tempatan dan pelancong luar nagara.
-
Memperbanyakan aktiviti-aktiviti di Pulau atau Pantai.
Pelancongan ke Luar Negara (Out bound)
-
Merancang program melawat ke Luar Negara
-
Menyediakan pakej lawatan secara berkumpulan
-
Mengendalikan perkhimatan bimbingan kepada peserta umrah dan haji
-
Menyediakan pekej percutian ke Eropah, Timur Tengah dan seluruh rantau Asia
Pengalaman bersama pengetahuan akan menjadikan ARABTCO TRAVEL & TOURS SDN BHD mampu untuk berdaya saing dan berdaya maju. Disamping itu memperkenalkan serta dapat menjayakan tahun melawat di Malaysia, Dengan itu pengurusan bersedia untuk perkhidmatan yang menyeluruh serta yang terbaik untuk menjamin kepuasan para pelanggan. Kami berharap akan menjadi satu Syarikat Pelancongan yang terunggul dan berjaya.
|
|